Buat ikon desktop mengikut logo anda

Assalamualaikum semua.

Saya percaya ramai dari anda yang ada laptop atau desktop yang digunakan khas untuk bisnes, betul? Kadang-kadang banyak sangat folder di desktop sampai kita sukar untuk mencari folder penting yang dicari.

Sebenarnya sangat senang untuk buat ikon khas mengikut rekabentuk pilihan anda. Saya cadangkan untuk gunakan logo perniagaan anda untuk folder dimana anda meletakkan file-file atau data berkaitan.

how-to-make-custom-desktop-icon
Gambar ini adalah ikon di desktop saya sekarang. Even pembahagian folder lebih mudah dilihat dengan menambah sedikit ikon di tepi logo asal.

Menarik atau menarik?

1) Di adobe illustrator: create new artboard size 256x256px
2) Buat design anda > Save as .png
3) Pergi ke http://image.online-convert.com/convert-to-ico
4) Upload file .png tadi. Convert kpd ico. Akan autodownload .ico tu
5) Pilih folder di desktop yg kita nak ubah iconnya, right click > properties
6) Tekan tab customize diatas > tekan button change icon
7) Pilih .ico tadi > OK > Apply

Tadaa! Siap!

Jom Share