attachment-1

Brand Touchpoints

Titik Sentuh Jenama

Sebagai peniaga atau usahawan, dalam sedar atau tidak, kita mesti dah ada brand touchpoints. Brand touchpoint ni adalah apa saja platform dimana pelanggan bergesel bahu dengan jenama kita dalam pelbagai cara.

Jenama tak dibina dalam 1 hari. Logo yang cantik tak bererti apa-apa jika pelanggan tak nampak kat mana-mana. Visual identiti tak guna print banyak-banyak kalau orang tengok sekali pastu terus lupa.

Ada lebih 20 senarai brand touchpoint yang ada pada saya yang biasa bisnes besar atau kecil pakai. Tujuan brand touchpoint yang banyak ni adalah supaya kita boleh consistently, subconsciously buat orang ingat tentang kita.

Boleh sneak peek lebih 20 brand touchpoint ni di laman infografik kami.

Jom ambil kesah. Nantikan ulasan setiap touchpoint di pos akan datang

Jom Share